Skop Tugas dan Tanggungjawab Ahli Jawatankuasa

1 Pengerusi

1.1 Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat

1.2 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.

1.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.

2 Naib Pengerusi

2.1 Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi.

2.2 Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.

2.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.

3 Setiausaha

3.1 Menguruskan hal-hal surat menyurat.

3.2 Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan .

3.3 Mencatat kehadiran ahli

3.4 Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.

3.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.

4 Penolong Setiausaha

4.1 Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan tanggungjawabnya.

4.2 Menjalankan tugas Setiausaha sewaktu ketiadaan Setiausaha.

4.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.

5 Bendahari

5.1 Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Persatuan

5.2 Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas kesahihannya.

5.3 Menyediakan Penyata Kira-Kira bulanan dan tahunan serta menandatanganinya.

5.4 Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam mesyuarat ahli jawatankuasa.

5.5 Menyediakan Laporan Kewangan untuk di audit dan dibentangkan dalam Mesyuarat Agung.

5.6 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.

6 Penolong Bendahari

6.1 Menjalankan tugas-tugas Bendahari sewaktu ketiadaan Bendahari.

6.2 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.

7 Ahli Jawatankuasa

7.1 Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan.

7.2 Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.

7.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.

8 Pemeriksa Kira-Kira

8.1 Memeriksa, menyemak serta mengesahkan Laporan Kewangan tahunan dan bertanggungjawab keatasnya.

8.2 Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul.